Hi Assalamualaikum semua.
Bertemu kembali kita dalam posting kali ini yana nak share dengan korang antara satu tempat makan best kat Malaysia kita ini iaitu Restoran Bumbu Babah.
Restoran Bumbu Babah ini telah diasaskan oleh salah seorang pelawak/artis tanah air kita, Ajak Shiro. Beliau telah mengasaskan restoran ini bersama2 Suhazlee Othman dan Shafique Sharif. Manakala idea perniagaan ini pula tercetus daripada cadangan anak perempuan Ajak, Nada.
Restoran Bumbu Babah menyediakan beberapa menu Nasi Padang yang divariasikan dengan pelbagai jenis lauk seperti Gulai Ayam, Gulai Urat, Paru Goreng, Gulai Daging, dan sebagainya. Semuanya sedap2 belaka tau.
Korang jangan risau dengan harga makanan di Bumbu Babah ni sebabnya korang boleh dapatkannya dengan harga paling rendah adalah RM5.00 sahaja tau. Dengan syarat korang daftar jadi members Bumbu Babah secara percuma sahaja.
Semalam yana baru sahaja datang ke restoran ini untuk mencuba menu Nasi Padang Ayam Habuk + Gulai Urat nya yang berharga RM19.80 (harga member) percuma air sirap. Rasanya memang tidak menghampakan sebabnya kuah kari nya confirm sedap, pekat, kaw. Uratnya kenyal lembut. cuma pedas sedikit. Tapi overall memang sedap! Janjiww tau!! (Tiru ayat matnor) ^_^
Cara untuk menjadi ahli percuma Bumbu Babah, korang boleh scan QR dibawah ni, ia akan direct ke app play store untuk muat turun aplikasi Bumbu Babah ke hp korang. Di situ, korang isi borang online dan daftar. Selesai mudah sahaja! Korang terus boleh dapat harga yang lebih jimat!
Dalam app ni, korang boleh order siap2 atau book tempat mengikut lokasi restoran bumbu babah yang korang nak.
Cawangan yang yana pergi haritu adalah di Eco Majestic. Alhamdulillah tempatnya bersih dan kemas.
Restoran Bumbu Babah ni sebenarnya bermula dengan gerai kecil di Giant Batu Caves pada akhir tahun 2024. Kemudian ia berkembang pesat sehingga berjaya membuka lebih 40 cawangan dalam setahun di sekitar semenanjung Malaysia. Boleh lihat di laman web bumbu babah ini https://bumbubabah.com/ ada senarai cawangan yang dibuka.
Apa yang lebih membanggakan lagi adalah Bumbu Babah ini telah berjaya mencatat sejarah Malaysia Book of Records dengan penjualan 23,674 hidangan dalam sehari pada Januari 2026. MasyaAllah TabarakAllah. Alhamdulillah tahniah buat Ajak Shiro dan business partner beliau serta kakitangan mereka.
So, korang tunggu apa lagi, jomlah cuba rasai keenakan menu nasi padang pelbagai varisai lauk Bumbu Babah ni. Nikmat apa lagi yang kau ingin dustakan ^_- rugi tak rasa tau. #JomSupportLokal
Sekian perkongsian daripada,
Yana Ninjaz
Korang yana dah upload video Jalan-jalan Cari Makan di Restoran Bumbu Babah ni tau ⤵️ jemput tonton ya.
No comments:
Post a Comment