Thursday, 7 May 2026

Pengalaman Tayar Kereta Pancit & antara Benda WAJIB kena ada dalam kereta.

Assalamualaikum semua.

Posting kalini berkenaan pengalaman pertama yana menghadapi tayar kereta pancit. Mujurlah ketika itu kereta masih berada di perkarangan rumah sendiri. Kalau tak, memang panik terlampau yana tau contoh nya jika berada di atas lebuhraya.

Last yana keluar rumah adalah petang semalam ambil anak2 balik sekolah petang. selapas itu, yana terus pulang ke rumah dan tidak keluar semula sehingga keesokan paginya.

Esok pagi tu yana nak hantar anak sekolah pagi, baru nampak tayar kereta sebelah kiri depan sudah pancit habis. Sudah flat dek kerana anginnya dah keluar habis T^T

Dalam hati tak rasa panik sangat alhamdulillah Allah beri rasa tak risau sangat tu. lagipun berlaku di depan rumah sahaja kan.


mujur juga sekolah pagi (tadika) anak yana tu boleh jalan kaki sahaja sebab dalam taman yang sama.
Jadi tidaklah kelam kabut sangat nak fikir kan cara untuk selesaikan masalah ini.

Setelah pulang hantar anak sekolah, yana terus upload gambar dan maklum dalam group family. Alhamdulillah semua beri perhatian. Abah yana pun offer la datang ke rumah yana memandangkan destinasi yang dituju juga ada lalu rumah yana. Syukur sangat.


Pada mulanya yana minta bantuan jiran nak pinjam pam auto tayar kereta tu tapi rosak pula. Pam tayar kami suami yana bawa pula. Nak tukar tayar spare boleh pula align key nya hilang. Jadi tak boleh lah nak tukar tayar spare kan. (Yana pandai tukar tayar spare sendiri tau! hahaha)

So, last option, abah sudi datang ke rumah. Terima kasih abah. Love abah ketat2. ❤

Syukur abah ada pam tayar auto tu dan kit2 nak tampal lubang bocor pada tayar.


Ini lah benda kecil2 cili padi tu yg telah bocorkan tayar kereta yana. Tak tahu la dari mana datang nya benda alah ni. ish...ish... ish...

Alhamdulillah selesai sudah baiki tayar bocor tu. Cuma nya yana still kena pergi ke kedai tayar kereta untuk pam lagi tayar dan check tampalan tayar ok ke tak.

Selepas kejadian ini, yana sangat aware dengan keadaan keempat-empat tayar kereta yana. Yana juga dalam usaha membeli peralatan2 yang sepatutnya sedia ada dalam kereta yana ini. Contohnya seperti dibawah ni:

1) Pam Tayar Kereta jenis auto. 

Sebenarnya ada beberapa jenis yang boleh kita dapati di market online. Ada yang 2 in 1, ada juga 3 in 1. Boleh tengok contoh dibawah ini.




2) Car Jack Kit & other tools.

In case, kalau perlu untuk tukar tayar spare. ini lah antara barang2 yang diperlukan.
Ada tools sebegini, perempuan pun dah boleh tukar tayar kereta sendiri tau. sebab teknologi dah canggih jadinya tools semua ni pun dah upgrade bagi memudahkan lagi kerja kita.

3) Tools untuk tampalan tayar yang bocor.

Benda2 ini semua murah sahaja. boleh juga dapati di kedai Mr.DIY. Ikuti arahan cara tampalan yang betul supaya tidak berlaku isu2 yang lain pula pada tayar. In shaa Allah..


Last option adalah, korang call towing. tapi kena check dengan insuran kereta korang juga samada insuran ada cover tak towing kenderaan sebab masalah tayar. if ada korang tak perlu byr towing tu yg akan claim insurans. If tak ada, means korang kena bayar towing tu la.

Jika situsai ini berlaku di lebuhraya. korang jangan panik, perlahankan kenderaan dan kawal stereng dengan baik. beri signal ke kiri atau kecemasan. bawa kereta tu ke arah kiri / lane kecemasan.

Setelah berada di kawasan berhenti yang selamat. Korang baru lah boleh keluar dengan hati2 dan check tayar kereta.

Lagi satu benda penting perlu ada dalam kereta adalah 
Segitiga Kecemasan ini tau. supaya orang alert dengan kereta korang.


Jangan lupa maklum ahli keluarga atau kawan2 tentang situasi korang juga tau.

Ok korang semoga posting yana kali ni dapat beri info yang bermakna dan bermanfaat kepada korang.
Share kan juga maklumat ini kepada orang lain especially kita yang perempuan ni kebanyakannya yg mudah dan cepat blurr dan panik.

BERHATI2 SEBELUM, SEMASA, & SELEPAS MEMANDU

Terima kasih sudi baca belog  yana ini. 
Sekian daripada,
Yana Ninjaz ❤





No comments:

Post a Comment